Tab Menu

Followers

Tuesday, June 21, 2011

Coke and Sundae II - Bab 25

SYAKIRSyakir…Syakir…hari ini aku akan calit kau dengan minyak guna-guna Mak Esah ini. Aku tidak peduli apa orang mengata. Apa penting apa yang aku nak mesti berada dalam genggaman aku! Dalam soal ini bukan salah aku tapi kau Syakir. Kau langsung tidak memberikan peluang untuk cinta aku. Aku tidak kau cara kasar maka aku gunakan cara halus. Katrina memerhatikan Syakir yang sedang memeriksa pesakit-pesakitnya di wad tersebut. Wajah Syakir agak sugul tidak seperti kebiasaannya. Mungkin Syakir sedang bermasalah dengan isteri dia. Semestinya Azyan ada memberitahu Syakir tentang kedatangan dia ke rumah mereka. Syakir pun kelihatan tidak mahu menegur dia.


            Musliha memerhatikan gelagat Katrina yang agak mencurigakan. Perempuan itu pasti telah melakukan sesuatu pada keluarga Syakir. Dia ada dengar dari Izmi yang Syakir sedang perang teluk dengan isterinya. Musliha tidak dapat berdiam diri begini. Dia harus bersemuka  semula dengan Katrina. Dia sudah memberikan amaran kepada Katrina. Nyata perempuan seorang ini tidak makan saman. Jika Katrina tidak boleh juga dibawa berbincang dia akan adukan hal in kepada Syakir.


            Waktu rehat memberikan peluang kepada Musliha untu bertemu dengan Katrina. Itupun setelah dia menangkap Katrina di bilik Syakir. Berani sungguh Katrina menyelinap masuk ke bilik lelaki tu. Entah apa yang ingin dilakukan oleh Katrina. 


            “Apa lagi yang you tidak puas hati dengan I, Mus?” gerutu Katrina. Musliha ini kerap saja mengacau rancangannya.


            “Perempuan macam you yang menjatuhkan martabat kaum wanita tahu tak. You memang perosak! Apa yang you dengki sangat dengan Syakir dan isterinya. Mereka tidak kacau you!” Musliha berbicara keras. 


            Katrina ketawa kecil. Apa dia buat tidak kena-mengena dangan Musliha. Apahal Musliha mahu menjaga tepi kainnya. Dia tidak mengusik Izmi buah hati Musliha itu. Izmi tidak menarik perhatian Katrina.


            “Mus….I tidak kacau hidup so lebih baik you butakan mata apa yang you lihat sekarang. Jangan campuri urusan I kalau you nak hidup you selamat.” Katrina menunjalkan jari telunjuknya pada dahi Musliha. Dia tidak takut pada amarah Musliha. Kalau Musliha ingin membuat aduan pada Syakir pun dia tidak kisah. Adulah! Itupun jika umur Musliha masih

panjang. Katrina tersenyum.


            “Kat…you ada rupa ada harta. You boleh dapat lelaki yang jauh lebih baik dari Syakir. Jangan ganggu rumahtangga Syakir. Lagipun jaga reputasi you sebagai seorang doktor.” Musliha menasihati.


            “Please Mus….I sudah muak dengan nasihat basi you itu. Perempuan sekarang tdak kisahlah dengan laki orang atau tunang orang. Soal hati dan perasaan ini bukan boleh dielak. Lagpun I memang sukakan Syakir. I mencintai Syakir!” Katrina tidak malu untuk berterus-terang. Kenapalah Musliha sukar untuk memahaminya.


            “Tapi perasaan suka itu boleh dielakkan Kat. Hendak seribu daya. Di mana harga maruah you sebagai seorang perempuan. Tergamakkah you menyakiti hati kaum sejenis you!” Musliha merenung Katrina dengan pandangan yang tajam.


            “Hahaha…” Katrina ketawa. “You memang berfikiran kolotlah Mus. Soal harga diri tolak tepi. Soal dara atau tidak dara pun sudah tidak menjadi isu terkini. Zaman serba moden ini kita tidak perlukan belas kasihan. I peduli apa dengan kaum sejenis I. Best women wins!


            Musliha mengucap panjang. Katrina sudah terpesong dari persimpangan. Dia rasa malu kerana ada teman sekerja yang berkelakuan seperti Katrina.


            “I tidak akan berdiam diri Kat.” Musliha berlalu pergi.


            Katrina mengeluarkan telefon bimbitnya setelah Musliha hilang dari pandangan mata. Dia sudah mengaturkan rancangan untuk Musliha.



“I mahu jumpa you selepas balik kerja nanti. Kita jumpa di restoran biasa itu bersama Izmi.” Itu kata-kata yang Musliha sebelum balik. 


Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Tubuh Musliha terbaring di atas jalan raya berlumuran dengan darah. Izmi memaku tubuh Musliha dengan raungan. Musliha telah dilanggar oleh sebuah kereta yang tidak dikenali ketika sedang menyeberangi jalan raya. Sedangkan tiada kelibat kereta yang kelihatan dari arah bertentangan. Bagaimana kereta tersebut boleh muncul secara mendadak dan terus melanggar Musliha. Kejadan yang menimpa Musliha pula berlaku di hadapan mata Syakir dan Izmi. Mereka tidak sempat mengencam nombor plat kereta berkenaan. Semuanya berlaku dengan begitu pantas!


            “Mus…” Izmi mengusap-usap wajah Musliha. Kawasan kemalangan itu mula dikerumuni orang ramai. Bunyi siren ambulans dan kereta polis jelas kedengaran.


            Kecederaan yang dialami oleh Musliha sememangnya parah. Darah mengalir dari telinga, lubang hidung dan mulut. Musliha perlu segera dibawa ke hospital. 


            “Bawa bersabar Izmi.” Syakir menepuk lembut bahu Izmi keika berada berdua berada di dalam kereta ambulans. Dia juga risaukan keadaan Musliha. Musliha adalah teman sekerjanya. Musliha mengajak untuk keluar bersama kerana ada sesuatu perkara yang ingin disampaikan kepada dia. Izmi turut diheret sekali.


            “Kalau I dapat orang yang melanggar Mus itu, I akan kerjakan dia sampai mati.” Izmi dirasuk dengan api kemarahan. Mereka masih menanti di luar wad kecemasan itu.


            “Sabar Izmi…bawa bersabar.” Syakir cuba menenangkan temannya itu. Jika dia berada di tempat Izmi pun dia tidak dapat berfikir secara rasional. Siapa yang tidak sedih melihat orang tersayang dilanggar depan mata. 


            Bagaimana jika berlaku kepada Azyan. Dia akan cari orang yang melanggar isterinya itu hingga ke lubang cacing. Minta di jauhkan. Dia tidak sanggup melihat Azyan terlantar di atas katil dengan wayar berselirat. Dia tidak sanggup menjadi duda anak satu. Ish…apa yang kau fikirkan ni Syakir. Istighfar banyak-banyak. Syakir mengurut dada.


            “Abang…” Halus suara yang memanggilnya itu.


            Syakir berpaling. Senyuman terpalit di hujung bibirnya. Azyan…My love…My darling…I miss so much! Ikutkan rasa mahu dia peluk Azyan sekarang. Rindu sangat dengan isterinya itu. Ala baru seminggu tidak tidur sekatil pasal kes Azyan merajuk Doktor Muhammad Syakir sudah angau. 


            Syakir merapati Azyan bersama Ameerul. Anak teruna yang seorang ini mana boleh ditinggalkan. Cemas raut wajah isteri tersayangnya itu. Azyan masih sempat mencerlung pada Izmi yang masih tidak keruan duduk di atas kerusi panjang itu.


            “Apa sudah berlaku bang?” soal Azyan lembut. Marah sudah hilang apabila mendengr berita tentang kemalangan yang menimpa Musliha. Walaupun dia tidak begitu mengenali Musliha, namun gadis itu seorang yang baik.


            “Kejadian berlaku sekelip mata. Kami pun tidak dapat mengencam kereta yang melanggar Musliha.” Jelas Syakir.


            “Langgar lari?” Azyan membuat terkaan.


            Syakir anggukkan kepalanya.


            “Bagaimana kalau abang yang kena langgar?” Syakir ingin menduga Azyan.


            “Shhhh! Abang jangan cakap macma itu. Ayang tak sukalah.” Azyan meletakkan jari telunjuknya pada bibir Syakir. Ada air mata bergenang di kelopak mata Azyan.


            “Ayang sayang sayang abang tak?” Syakir menarik Azyan di dalam pelukannya.


            “Seribu kali sayang.” 


            “Kita sama-sama doakan Musliha tidak apa-apa.” bisik Syakir perlahan. Dia kucup dahi Azyan lembut.


            Ameerul tersenyum. Nampak seperti ada tanda-tanda ayah dengan ibu hendak berbaik-baik semula. Alhamdulillah….Ibu itu luar sahaja kata benci tapi dalam hati rindu tidak terkata. Sudah juga menjadi orang dewasa ini.



PADAN muka dengan musliha! Kalau perempuan itu mati pun bukan urusan Katrina. Dia puas hati dengan kerja orang suruhan Leena. Berani perempuan itu mahu mencampuri urusan peribadinya. Musliha sudah menerima habuannya kini hanya tinggal Azyan. Nur Azyan Binti Idris….isteri kesayangan Syakir. Dia akan buat Azyan merana seumur hidup!


            “Hari ini you nampak happy sangat. You sudah dapat apa you mahukan ke?” Suara Aria memecahkan keheningan di meja itu. 


            “Well…I happy sebab musuh-musuh I sudah kecundang dalam tangan I. So I mahu celebrate dengan you dan Leena.” Katrina ketawa kecil.


            “You buat kerja kotorlah ni?” desis Aria. Dia makin tidak senang tingkah-laku Katrina yang kian melampau. Katrina mementingkan diri sendiri!


            “You jangan menyibuklah Aria. Apa yang I dan Kat buat bukan urusan you. You duduk diam-diam sudahlah.” celah Leena. 


            “I memang tidak akan mencampuri urusan you berdua lagi. I tidak mahu bersubahat dengan kerja kotor you.” Aria bingkas bangun.


            “You ingat you bersih sangat. Sedar diri sikit perempuan kelab malam!” getus Leena. Dia mula geram dengan sikap Aria yang kian berubah. Aria tidak lagi ngam seperti dulu-dulu. Aria sudah jauh berubah.


            “I mengaku I tidak baik mana. I seorang pekerja kelab malam tapi I tidak punya hati busuk seperti you berdua.”


            “Lepas ini kalau ada masalah jangan cari I dan Kat.” Leena mencemikkan muka.


            “I tidak akan mati tanpa bantuan dari you dan Kat. Good bye.” Aria melangkah pergi.

Dunia Katrina dan Leena bukan lagi dunianya. Dia akan membuat haluan sendiri. Aria sudah membuat keputusan muktamad! Lagipun ada orang yang ingin membantunya keluar dari kancah hina itu. Seorang lelaki yang baik budi pekertinya. Dia berjanji tidak akan tersesat mencari haluan tuju. 


            Katrina merengus kecil. Siapa yang membuat Aria berubah mendadak begini. Aria tidak lagi sekepala dengan mereka berdua. 


            “Huh! Dia fikir dia siapa? Dia susah nanti apsti akan cari kita semula Kat. Macam kau tidak eknal dengan Aria itu.” Leena menjuihkan bibir.


            “Kita lupakan pasal Aria. I teringin mahu tahu tentang teman lelaki baru you. I dengar orangnya hebat. Siapa dia?” Katrina mengangkat kening nipisnya. 


            Leena ketawa kecil. Lelaki yang dia temui di restoran dulu memang hebat dan mengancam! Kacak dan bergaya. Seratus-peratus lebih bagus dari Taufik! Leena bangga berdampingan dengan lelaki itu. Dia tidak peduli tentang statusnya sebagai seorang isteri. Ada apa dengan status itu. Dia sering kesunyian kerana kesibukkan Taufik. Leena bebas seperti burung mencari keseronokkan di luar. 


            “Rizlan Yusuf…dia baru pulang dari luar negera. I dengar dia anak orang ternama di Kuala Lumpur juga dan kini sedang mengambil alih syarikat ayahnya. Khabarnya dia bekas jurulatih kick boxing.” Leena menghulurkan sekeping kad nama kepada Katrina. Katrina membelek-belak kad tersebut.


            Wow! Lelaki bernama Rizlan itu memang bukan calang-calang orangnya. Hebat daya tarikan Leena. Dia juga yang masih terkial-kial untuk mendapatkan Syakir. Syakir langsung tidak memandang kejelitaan pada wajahnya. 


            “You sudah calit mamat yang you gila-gilakan itu?” soal Leena.


            “I masih mencari peluang. I sudah beritahu you bukan senang untuk mendekati dia. Tambahan pula ada penyibuk seperti Musliha. I lega sebab Musliha sudah dibereskan. Kebetulan esok I satu shift dengan dia.” 


            Katrina menopang dagu. Matanya sudah terarah pada kelompok gadis riuh-rendah berdekatan meja mereka. Lihat pada lagak kumpulan gadis itu seperti budak-budak bawah umur. Ala di disko ini memang ramai budak-budak bawah umur. Mereka bijak menukar penampilan untuk tampak lebih matang.


            “Good luck! You nak menari dengan I ke?” Leena sudah bangun dari kerusinya.


            “I tiada mood nak menarilah malam ini.” Katrina menghirup minuman coca-colanya.


            Leena menjongketkan bahu. Dia berlalu dan menyertai kumpulan manusia yang sedang asyik menikmati muzik yang berkemundang di udara. Malah ada yang sudah hanyut dengan dunia mereka ciptakan sendiri. Katrina hanya memerhati dari tempat duduknya. Apa yang ada dalam fikirannya ketika ini adalah Syakir. Dia tidak sabar untuk menunggu hari esok. Rancangannya untuk esok tidak akan gagal lagi. Katrina akan memastikannya!


* Terima kasih atas sokongan dan komen-komen dengan e-novel Coke and Sundae II. Ilya mohon maaf kerana e-novel ini dibehentikan setakat bab 25 sahaja atas tujuan penerbitan. Harap anda semua sabar menunggu Coke and Sundae II berada di pasaran nanti ^_^ For CNS II with. love. Namun Ilya tetap sajikan anda dengan e-novel lain dari Ilya seperti kesinambungan 566 Hari Mencari Cinta 'Satukan Cinta Kita'.


20 comments:

  1. knape mase sy tekan bab 25, keluar bab 23 pulak? ke tak tulis lagi bab 25?..kalau ye terpaksalah menunggu bab 25 nk d'tulis. hurm...citer nih dah ade kat pasaran dah ke?

    ReplyDelete
  2. Akak hanya letakkan link untuk bab 25 but bab 25 tak masukkan lg...novel ini masih belum jad versi cetak lg...harap sabar menungggunya :)

    ReplyDelete
  3. akak mana bab 25,
    x sabar dah ni

    ReplyDelete
  4. hmm..akhirnya dapat juga baca bab 25, tapi sedih sebab citer ni dah stop..
    kesian kat musliha dan izmi...
    Kat memang jahat sangat...benci..benci...benci ..

    good luck sis...
    im waiting CNS II publish next year..
    bila dah nak keluar roger2 tau..

    ReplyDelete
  5. kak ilya, takkan stop sini je? Nk tau gjak ape yg terjadi slps ni...hurmm..nanti keluar novel cns2 kat pasaran, keluar setakat bab 25 je ke? atau ade lagi...?

    ReplyDelete
  6. bile cns2 nk ade kat pasaran, kak?

    ReplyDelete
  7. Tarikh terbitan tidak tahu lg...tapi CNS II lebih dari bab 25 :D: kena tunggu ye sebab CNS II juga lebih tebal dari yg pertama

    ReplyDelete
  8. Sian Musliha... Kat ni mmg gilerlah... sanggup bunuh org utk dapatkan Syakir... tunggulah pembalasan nanti...

    CNS II akan dimilikki jua nanti... :-)

    ReplyDelete
  9. Terima kasih seorang wanita...pengomen setia Ilya ni..

    ReplyDelete
  10. laa... sampai 25 jea ke ? err. nty kalau novel CNSII da keluar jgn lupa bg tahu tau.. i'm waiting here..

    ReplyDelete
  11. ish..
    kalau la ade sampai akhir kan best..
    cpt2 la CNS II kluar..
    dh x saba dh niey..

    ReplyDelete
  12. Allhamdulilah!!!
    CNSII nnti lebey tebal an?!
    yahooooo! bru pueh mmbce...
    thniah akak Ilya!
    surE lA sYe bli!!..
    mngis x bRlGu kAnG kalo x bELi...

    ReplyDelete
  13. kak,,,bila dah kluar roger2 tau,,,hari tu jgak nak kuar g cari kat kedai,,,hehehehe,,,jgn lupa bg tau kak,,,apa2 pown akak the best larhhhh,,,,,

    ReplyDelete
  14. Salam semua...semestinya akak akan umumkan di blog untuk pembaca setia akak tersayang...pasti anda teruja kerana CNS II sememangnya lebih tebal dari yang pertama...tebal mana? Nak tahu kenalah tunggu CNS II keluar dulu :H

    ReplyDelete
  15. kejam btul katrina 2!!!buat malu kaum sejenis jer,huh!!

    ReplyDelete
  16. wah best nyer CNS II lbh tebal.... tak sabar nak bace... cepat la kuar kt pasaran....

    ReplyDelete
  17. novel ni best sgt2...hope dpt bc smbgn yg strsnya...

    ReplyDelete
  18. kjam wehhh....arapx2 teda arr 0rg cam c katrina(kucing miang) 2....hehheh....4 kak ilya...gd luck...CNS n CNS II...mang best...;)

    ReplyDelete
  19. kak ilya saya ada beli novel CNS n CNS II mmg terbaik la citer dy....citer dy kalo bwak msok tv mesty gempak....lagi satu citer dy mmg x jemu kalo baca bnyak kali..pndai akak mengarang..

    ReplyDelete